Khamis, 16 Jun 2011

masak lemak cili padi nenas dengan ikan masin talang


hari ni d'effa nak kongsi resepi....
dah lama beno xmkn masak lemak ni.... dulu hubby d'effa la yg ajar masakan ni... bila dah reti sikit... d'effa pandai2 le tambah resepi sendiri hehehe...

Bahan2 nya...

tulang ikan masin talang ~ direndam dulu 1/2 jam dan ditos
1 biji nenas muda ~ dipotong dadu, direbus hingga hampir masak dan ditos
5 biji cili padi **
4 ulas bawang merah**
segenggam ikan bilis(ganti belacan)**
1 inci kunyit hidup** ~ yang bertanda ** boleh la ditumbuk sampai lumat
2 batang serai ~ diketuk
RM2 santan pekat
sedikit air
garam

cara memasaknya ....

masukkan ikan masih talang , nenas, bahan2 yang ditumbuk, batang serai yg dah diketuk ke dalam periuk. masukkan air... jgn sampai tenggelam pulak ikan dan nenas tadi, masak sehingga ikan masin talang lembut (isi ikan hampir tertanggal dari tulang).
akhir sekali masukkan santan pekat, kacau sebati hingga mendidih. rasa dulu.... kalau kurang garam barulah ditambah garam. sambil mengacau tu bacalah ayat qulya sampai habis... insya'Allah semoga bertambah2 sedapnya
ini lah menu untuk d'effa berbuka hari ini. selamat mencuba


Tiada ulasan:

Catat Ulasan